hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Wednesday 28 October 2015

Warna Kegemaran Rasulullah SAW


Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad , sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah . 
Rasulullah  tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda  turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah  juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.

1.  Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah  berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” 

2.  Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi  memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

3.  Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah  adalah hijau.”

4.  Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

5.  Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi  keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”

6.  Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah  berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”

7.  Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad  pernah memakai pakaian berwarna hitam,merah hatikelabu dan warna campuran.

8.  Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi  menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.

Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama. Wallahu A’lam Bish Shawab.

.
.