hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Tuesday 12 November 2013

Berhijrah.




Bismillahirahmanirrahim...

Masa bergerak sungguh pantas. Dalam sedar tak sedar kita sudah memasuki tahun baru islam baru-baru ini pada 5 november 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H. Pastinya semua mempunyai azam-azam tersendiri untuk dicapai. Tidak kiralah azam baru mahupun azam lama yang masih belum ada rezeki mencapainya. Ayuhlah berdoa semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita. In sha'a Allah.

Dalam meletakkan azam-azam dalam sekian hidup kita yang sementara, pastinya azam itu adalah menginginkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Pastinya ada perhijrahan dari yang kurang baik kepada baik, dari yang baik kepada lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh ALLAH." (Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah RA).


Apa itu hijrah? Hijrah berasal dari "hajara-yahajiru-uhjur" yang membawa maksud "tinggalkan", "menjauhinya" (tidak melakukan sesuatu perbuatan keji). Surah Al-Mudassir ayat 5: 

74:5

 "Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah" [Al-Mudassir: 5]

Menyebut tentang hijrah ini, kita sebagai umat Islam akan mengingatkan kita kepada hijrah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang penuh dengan cabaran. Di samping itu hijrah juga adalah bagi penetapan kalendar umat Islam dan semestinya usia kita akan bertambah, iaitu suatu isyarat tentang perubahan yang pasti berlaku, yang sepatutnya mampu untuk mendatangkan keinsafan kepada kita semua.

Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu langkah yang dibuat oleh Baginda dalam menegakkan syiar Islam dan demi memperkasakan umat Islam. Penyatuan dua golongan iaitu Muhajirin dan Ansar telah melahirkan perpaduan, persepakatan dan keharmonian, dan yang lebih penting persaudaraan sesama Islam dan seterusnya menjadi pencetus meluasnya daulah Islamiah kerana hijrah tersebut didorong oleh rasa keimanan dan ketakwaan yang kuat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Seperti yang Allah sebut dalam surah Al-Imran ayat 103.


3:103

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Al-Imran: 103]

Jelas dalam berhijrah, dengan adanya bersatu, dengan adanya saudara/sahabat yang sentiasa mendorong, menyokong kita dari belakang dapat menambahkan lagi tsabat berubah menjadi lebih baik yang sentiasa hidup, terus semangat membakar hangat dalam jiwa seorang muslim. 

Marilah kita bermuhasabah diri berfikir sejenak, sejauh manakah kita telah menghayati islam sebagai "ad-din" atau cara hidup yang lengkap, dan perkara-perkara negatif yang menyalahi aqidah dan syariah, yang masih mewarnai kehidupan kita disepanjang waktu? Muhasabah ini penting, supaya kita dapat menilai sama ada hak atau batil yang lebih banyak dalam diri kita, seterusnya membuat perubahan yang mantap! Allahuakbar!

Wallahualam.





Tuesday 5 November 2013

Manusia Bersifat Pelupa.


Bila dalam kesusahan, manusia sentiasa memerlukan Tuhannya, tapi sedihnya bila dalam kesenangan kita sering jadi sebaliknya, iaitu melupakan Dia. Rujuk Az-Zumar ayat 8:


39:8

When some trouble touched man, he cried unto his Lord, turning to Him in repentance: but when He bestowed a favors upon him as from Himself, (man) doth forget what he cried and prayed for before, and he doth set up rivals unto Allah, thus misleading others from Allah's Path. Say, "Enjoy thy blasphemy for a little while: verily thou art (one) of the Companions of the Fire!" 

Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka." 


(39:8)


Na'uzubillah min zalik. Amin in sha'a Allah.


Kerana Allah tahu kita ni pelupa. Allah suka ingatkan berulang kali dalam Al-Quran. Contohnya boleh kita rujuk dalam surah Ar-Rahman ayat 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77 iaitu 31 kali Allah menyebut:

 

55:13

So which of the favors of your Lord would you deny?
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?



(55:13)


Bila lupa istighfarlah istighfarlah istighfarlah, kerana lupa ini adalah dari syaitan yang direjam, rujuk surah Al-Kahfi ayat 63:

18:63

He said, "Did you see when we retired to the rock? Indeed, I forgot [there] the fish. And none made me forget it except Satan - that I should mention it. And it took its course into the sea amazingly".

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

(18:63)

Pernah sahabat saya berkata-kata: "Yang paling banyak Allah ulang dalam Al-Quran adalah yang paling banyak manusia lupa. (iaitu beriman dan bertaqwa.)".

WAllahualam. Semoga Bermanfaat.