hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Sunday 19 May 2013

Para salaf membenci menjawab soalan yang belum berlaku.

Daripada Imam al-Zuhri yang berkata, 

بَلَغَنَا أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ الْأَنْصَارِيَّ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِ كَانَ يَقُولُ إِذَا سُئِلَ عَنْ الْأَمْرِ : " أَكَانَ هَذَا ؟ فَإِنْ قَالُوا : نَعَمْ ، قَدْ كَانَ ، حَدَّثَ فِيهِ بِالَّذِي يَعْلَمُ وَالَّذِي يَرَى ، وَإِنْ قَالُوا : لَمْ يَكُنْ ، قَالَ : فَذَرُوهُ حَتَّى يَكُونَ

'Telah sampai kepada kami bahawa Zaid bin Tsabit al-Ansori RA apabila ditanya dengan sesuatu soalan maka dia akan bertanya apakah perkara itu sudah terjadi? Jika diberitahu bahawa perkara tersebut sudah berlaku maka dia akan memberitahu jawapannya dari apa yang dia tahu atau memberikan pendapatnya. Tetapi apabila diberitahu bahawa hal tersebut belum terjadi maka dia tidak akan menjawabnya dan berkata tunggulah sehingga terjadi.

[Sunan ad-Darimi dan al-Faqih wal Mutafaqqih] 


Jenis soalan yang mengandungi 'kalau' begitu dan 'kalau begini' adalah merupakan perkara yang membuang masa dan menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap syaitan !

Wallahualam.

No comments: